
PELUANG KERJAYA: PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP5 (2025)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini membuka peluang kerjaya kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai Jabatan Imigresen Malaysia sebagai Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5.
MAKLUMAT JAWATAN
- Jawatan: Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5
- Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia
- Kekosongan: 40
- Simpanan: 200
- Kumpulan: Pelaksana
- Tarikh Tutup Permohonan: 3 Julai 2025 (Khamis), 11:59 malam
- Permohonan melalui portal rasmi: https://spa9.spa.gov.my
1. TARAF PELANTIKAN
- Kontrak (Interim): Pelantikan baharu adalah secara kontrak selama 3 tahun.
- Tetap: Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, pelantikan adalah secara tetap.
2. SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon, calon mestilah:
- Mempunyai STPM/STAM/Sijil Tinggi Agama Malaysia/Sijil Matrikulasi KPM/Diploma yang diiktiraf.
- Kelayakan mestilah disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Terbuka kepada semua bidang pengajian (tertakluk kepada keperluan perkhidmatan).
Maklumat lanjut berkaitan syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan boleh dirujuk di portal rasmi SPA:
3. KEISTIMEWAAN JAWATAN
- Berpeluang menyertai agensi barisan hadapan negara.
- Peluang kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan tetap.
- Berkhidmat menjaga keselamatan negara di pintu masuk utama seperti lapangan terbang dan sempadan.
- Elaun dan faedah mengikut skim perkhidmatan kerajaan.
4. MAKLUMAN TAMBAHAN
Calon yang telah mendaftar SPA9 tidak perlu daftar semula jika permohonan masih dalam tempoh sah. Namun, calon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat dan memilih jawatan ini sebelum tarikh tutup iklan.
CARA PERMOHONAN
- Layari portal rasmi: https://spa9.spa.gov.my
- Log masuk dan kemas kini maklumat peribadi serta kelayakan.
- Pilih jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5 dan hantar permohonan sebelum 3 Julai 2025, 11:59 malam.
JOM MOHON SEKARANG!
Inilah masanya untuk anda menyertai pasukan profesional yang menjaga keselamatan negara. Buktikan komitmen dan semangat patriotik anda dengan menyertai Jabatan Imigresen Malaysia.
#KERJAYAKERJAAN #SPA9 #JAWATANKOSONG2025 #IMIGRESENMALAYSIA #KP5 #MASUKKERJAAN